Belina Shop

Pandai Berceramah Tapi Kebajikan Rakyat Tidak Dijaga


BACHOK, 8 Mei (Bernama) -- Kerajaan pusat memberi peruntukan sebanyak RM27.5 juta untuk membantu penduduk miskin di Kelantan setiap tahun berbanding RM2.5 juta oleh kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Senator Dr Awang Adek Hussin berkata bagaimanapun usaha murni kerajaan pusat itu tidak diketahui oleh rakyat negeri itu sebaliknya kerajaan negeri yang lebih menonjol.

"Apa yang rakyat nampak ia seolah-olah kesemuanya dibiayai oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra dengan sayap pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno Bahagian Bachok di Tangok, di sini, Jumaat.

Dr Awang berkata berdasarkan hakikat itu kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas tidak layak menobatkan ia sebagai negeri kebajikan kerana Umno yang lebih banyak membantu rakyat miskin.

Sehubungan itu beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mahu setiap bahagian di negeri itu menubuhkan Biro Kebajikan untuk mencari penduduk miskin yang layak diberi bantuan bagi meringankan beban mereka.

-- BERNAMA

PAS ni hanya pandai berceramah jer... cakap itu ini itu ini tapi buatnya punyalah takde. Berceramah nak raih undi, rakyat2 Kelantan.. Buka mata dan minda apakah betul pemimpin yang kamu undi selama ini membantu kamu??! Fikir dan nilai semula ...

0 comments:

Post a Comment