Belina Shop

Anwar Berhasrat Menumbangkan PAS


Berlalu sudah Muktamar PAS 2009, berakhirlah juga perebutan jawatan dalam pucuk pimpinan parti Islam itu, terjawablah sudah siapa yang dipilih dan siapa yang disingkirkan……

Anwar Ibrahim terpaksa gigit jari…, seekor kuda tunggangannya yang tempang, yang merupakan BARUA Nombor Satunya, Datuk Husam Musa terpaksa menelan pahit kekalahannya ditangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam merebut jawatan nombor dua parti itu.

Anwar ternyata kecewa dan diberitakan sudah mula merancang pelbagai strategi untuk menghuru-harakan PAS dan akan terus berusaha menobatkan Husam sebagai wira harapannya menguasai parti Islam ini. Silalah baca pendedahan perancangan JAHAT Anwar-Husam di sini.

Namun begitu, masih ada juga BARUA BARUA Murahan hakmilik Anwar, ahli ahli Kumpulan ERDOGAN yang berjaya melepasi rintangan dan menang dalam pertandingan Ajk PAS Pusat. Kesemua BARUA ini sudah pasti akan membawa fahaman Anwarisme dalam PAS dimana misi awal mereka mahu menyekat usaha murni Tuan Guru Hadi melaksanakan “Kerajaan Perpaduan”. Berikut adalah senarai ahli ahli Erdogan yang berjaya berada dalam pimpinan PAS.

Salahudin Ayub
Mahfuz Omar
Kamaruddin Jaafar
Nizar Jamaluddin
Hatta Ramli
Dr Syed Azman
Dr Lo’Lo’ Ghazali
Dr Dzulkefli Ahmad
Hanipa Maideen
Dr Mujahid Yusuf Rawa

Dua daripada Naib Presiden ternyata ahli ahli kumpulan Erdogan, manakala Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pasti akan menyokong usul Presiden parti mereka.

Lapan [8] daripada 20 Ajk PAS Pusat, sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, dikenal pasti ahli ahli kumpulan Erdogan, yang selebihnya dipercayai akan bersama kumpulan Pro-Ulama.

Semoga PAS akan lebih bijak memikirkan masa depan politik mereka dan serius kearah membincangkan “Kerajaan Perpaduan”. Seharusnya Tok Guru Hadi dan Ustaz Nasharudin akan bersiap sedia menghadapi kemungkinan kehilangan Anwar yang bakal mendepani perbicaraan kes liwatnya. Oleh itu PAS akan bermasalah bekerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa Anwar, maksudnya akan berulang lagi perbalahan sesama DAP seperti tahun 2004 sewaktu Anwar merengkok dalam penjara.

Maka dengan itu, tindakan untuk duduk berbincang “Kerajaan Perpaduan” adalah langkah terbaik untuk keharmonian bangsa melayu dan agama islam sesama kita, apatah lagi bila sudah terhidang didepan mata bagaimana rakusnya bangsa bukan melayu menjalankan pentadbiran kerajaan dibawah DAP dan PKR……

0 comments:

Post a Comment