Belina Shop

Peluang BN Di Manik Urai


Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai (DUN Manik Urai) akan diadakan tidak berapa lama lagi. Barisan Nasional telah membuat kenyataan bahawa mereka bersedia untuk bertanding di Manik Urai. Bagi penulis tiada salahnya bagi Barisan Nasional untuk menyatakan kesediaan untuk bertanding di manik urai kerana pada kali ini Pilihan Raya Kecil di situ diadakan kerana kematian ADUNya dan bukan kerana "main-main" seperti di Penanti, mungkin juga pada waktu kecil Anwar Ibrahim tak puasa main pondok-pondok kot.

Tajuk artikel penulis pada kali ini berbunyi "Peluang Tipis BN di Manik Urai", tentu pembaca tertanya-tanya kenapa penulis mengeluarkan kenyataan seolah-olah penulis cuba 'condemn' Barisan Nasional. Penulis akan jawab mengenainya di hujung artikel ini.

Penulis merasakan peluang Barisan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai amatlah tipis memandangkan DUN Manik Urai memang kawasan kubu kuat PAS tanpa sokongan padu daripada penyokong-penyokong Barisan Nasional tidak mungkin Barisan Nasional akan menang di Manik Urai. Penyokong-penyokong Barisan Nasional DUN Manik Urai yang berada di luar negeri Kelantan hendaklah berpusu-pusu balik memberi sokongan kepada Barisan Nasional barulah peluang BN cerah untuk memenangi PRK Manik Urai.

Peluang BN untuk memenangi PRK DUN Manik Urai memanglah amat tipis. Di sini penulis melihat pengalaman dan kebijaksanaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru iaitu Datuk Mustafa Mohamed hendaklah dipertaruhkan. Memang Datuk Mustafa mempunyai "track record" yang baik sebelum ini yang hampir-hampir mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan daripada PAS.

Penyokong-penyokong BN di Kelantan amnya dan di DUN Manik Urai khasnya kena bekerja kuat memandangkan peluang BN amatlah tipis di Manik Urai. Mereka hendaklah bersatu dan mengenepikan persengketaan tertentu demi memenangi PRK Manik Urai.

Sebenarnya bukanlah penulis bertujuan untuk 'condemn' BN dengan membuat artikel ini, ini adalah salah satu strategi pendekatan psikologi untuk membakar semangat penyokong-penyokong Barisan Nasional di DUN Manik Urai.
Suara Generasi Muda~

0 comments:

Post a Comment