Belina Shop

Nik Aziz Terlalu Angkuh

Menurut sumber melalui akhbar Sinar hari ini, Presiden Parti PAS dan UMNO bersetuju pintu rundingan untuk mengwjudkan kerajaan perpaduan akan terus dibuka bagi mencari satu titik pertemuan demi untuk melahirkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia. Namun ada pihak yang kurang senang dengan cadangan itu. Antara mereka yang tidak bersetuju termasuk Musridul am PAS Dato Nik Aziz yang mempunyai dendam kesumat terhadap UMNO. Selain dari Dato Nik Aziz, Muslimat PAS juga menolak cadangan kerajaan perpaduan.

Persoalanya, jika mereka menolak perbincangan dengan UMNO, kenapa mereka boleh bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menolak Islam. Kepada muslimat PAS yang mendakwa tidak mahu diperkudakan oleh UMNO tapi mereka lebih rela dikaldaikan oleh DAP.

Dimana Islam yang didakwa oleh PAS hendak diperjuangkan?
Apakah UMNO ini tidak Islam?
Apakah ahli UMNO yang sama-sama berjamaah dimasjid dengan ahli-ahli PAS tidak Islam?
Apakah tidak sama kiblat PAS dengan kiblat UMNO?
Apakah syurga dan neraka PAS tidak sama dengan UMNO?

Terlalu banyak persamaan antar UMNO dan PAS dari segi dasar perjuangan, apakah tidak ada ruang untuk perbincangan demi Islam yang sebenarnya?

0 comments:

Post a Comment