Anwar Hina Ulama

1. AnWAR melahirkan rasa terkilan beliau dengan kenyataan Dewan Ulama' PAS yang pertikaikan kehadiran Nizar di majlis nyalaan lilin untuk Teoh Beng Hock. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai mengurangkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan pembangkang amnya. Ujar AnWAR lagi pendapat Dewan Ulama' itu tidak tepat serta tidak mengambil kira maslahah umum dan keutamaan Fiqh (Fiqh Awlawiyyat) dalam kaedah Feqah.

2. Menurut AnWAR ulama' PAS ini terbelenggu oleh pemikiran islam konservatif serta ketinggalan menilai pendapat-pendapat ulama' kontemporari terkini. Menurut AnWAR lagi, pendapat-pendapat seperti ini menjumudkan lagi Islam dan mengecilkan skop perbincangan di kalangan orang islam sahaja. Ini tidak bagus untuk perkembangan islam dalam era dunia tanpa sempadan kini.

3. Dalam isu ini, AnWAR menolak pendapat TS Harussani dan Datuk Dr. Mahmud Zuhdi yang tidak membenarkan perkara dari sudut apa pun. Datuk Dr. Haron Din juga menyokong pendapat TS Harussani dan Dr. Mahmud Zuhdi namun saya percaya ini tidak akan dilaporkan dalam Harakah demi menjaga air muka penyokong AnWAR yang mewakili kelompok kecil dalam PAS namun begitu berkuasa.

4. Sering kita lihat tindakan AnWAR kini, jika menyokongnya, semua dikatakan bagus dan adil. Jika sebaliknya, maka akan dicaci dan diherdik oleh AnWAR. Dengan kebolehan menyebut perkataan arab sepatah dua, AnWAR tidak wajar mempertikaikan pendapat ulama' di luar lingkungan politik yang tidak menyokongnya. Saya menyebut begini, kerana kebolehan bertutur dan membaca dalam bahasa Arab amatlah penting untuk kita memahami isu dan mengeluarkan fatwa.

Perkara aqidah ini bukan isu politik yang boleh dihujjahkan menurut kemahuan sendiri. Ia harus diputuskan oleh mereka yang ahli dan mereka wajar dihormati kerana ilmu yang mereka miliki. Pendapat Dewan Ulama' PAS jelas menggesa kita menjauhi perkara yang diragui. Jarang kita dapat melihat PAS begini mengenai ahlinya w/pun kenyataan ini agak lembut. Pendapat ulama' 'non partisan' lebih keras, namun selari dengan pendapat Dewan Ulama' PAS.

Bagi menilai tindakan AnWAR, inikah apa yang dikatakan "Tujuan menhalalkan cara" anjuran Machiavelli itu?

Sekian.

#: Rasa terkilan AnWAR disuarakan kepada pembantu khasnya yang menjaga hal ehwal Parlimen, bekas seorang ahli Parlimen di sebuah negeri di Pantai Timur. Semalam pembantu khasnya berjumpa dengan seorang ahli Parlimen PKR dari Selangor menceritakan luahan hati AnWAR.

KEMATIAN SETPOL : DSAI MAHU KPN DAN PESURUHJAYA SPRM BERTANGGUNJAWAB !


Penghuni Gua : Senangnya DSAi bercakap dan nak cuci tangan. Kematian SETPOL diletakkan ke atas Tan Sri Musa dan Ahmad Said. Apa kena mengena kematian SETPOL dengan KPN?

2. PG nak tanya bebarap perkara dalam anlisa ringan ini :

a. Siapa yang bertanggungjawab atas air mani Shamsidar yang bercampur dengan air mani DSAI di atas tilam dalam kes liwat terdahulu?
b. Siapa yang bertanggungjawab , apabila Shamsidar di usung setiap minggu ke kondo untuk di bawa berjumpa DSAI?
c. Siapa nak bertanggungjawab, air mani DSAI yang ada di dalam jubur Azizian?
d. Siapa yang nak bertanggungjawab dalam kes Saiful?
e. Siapa yang bertanggungjawab ke atas sumpah saiful yang DSAI sehingga kini tak berani bersumpah dan menunjukkan kepada Saiful bagaimana nak sumpah secara islam yang sebenar.

3. Adakah anda, DSAI bertanggungjawab dalam semua persoalan di atas?

4. YAA Hakim bicara kes liwat terdahulu mengatakan bahawa anda adalah pengamal homesksual: siapa yang bertanggungjawab nak jelaskan ini.? Anda bertanggungjawab?

5. Kes anda sekarang ( Liwat Saiful ) sedang menuggu tanggungjawab anda untuk mempercepatkan penyelesaiannya. PDRM dan Peguam negara sudah cukup bukti untuk menjalankan kes ini. Mana tanggunjawab anda dalam kes yang sudah nyata ini? Mengapa takut dan tak bertanggunjawab?

6. Jawab le. Adakah anda bertanggungjawab atau seorang yang bertanggungjawab ? Menuduh tanpa bukti dalam kes SETPOL ini: adakah satu tindakan bertanggungjawab dari anda?

Abdul Fatah (PAS) cakap besar mengenai Manik Urai

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi. Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN. Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Sumber: Malaysiakini.
1. Saya sedang mencari dan menunggu sidang akhbar daripada Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun yang bongkak dan takbur sejak petang tadi apabila mengumumkan bahawa Pas akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi. Adakah majoriti rasmi 65 undi itu "hampir 2,000 undi"? Apakah alasan yang bakal diberikan olehnya dan pihak kepimpinan Pas berkenaan "kejayaan" mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan kelebihan hanya 65 undi berbanding 1,352 dalam pilihan raya umum tahun lalu. Itupun tidak mengambil kira undi yang rosak sebanyak 115.

2. Tahniah kepada TS Muhyiddin Yassin, Dato' Mustapha Mohammed dan seluruh jentera-jentera Barisan Nasional yang telah bertungkus lumus memberi pengajaran yang berguna kepada parti Pas di Manek Urai. Seperti kata akhbar portal pembangkang, Malaysiakini:
"Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi."
3. Tahniah sekali lagi kepada Tok Pa kerana menyelia jentera Barisan Nasional di Manek Urai dengan baik sekali. Pemilihan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan amat tepat sekali. Semoga lebih banyak lagi kerusi akan ditawan di Kelantan di dalam PRU13. Sekiranya Allah lebih menyayangi TG Nik Aziz dan beliau pergi menyahut panggilan Ilahi sebelum PRU13, Insyaallah, Barisan Nasional akan dapat menawan kembali Kelantan.

4. Parti Pas sedang mengelupur untuk mendapat sokongan Melayu ketika ini. Talian hayat Anwar Ibrahim hendak menjadi Perdana Menteri semakin hari semakin tipis. Anwar Ibrahim jangan pula lupa dengan janjinya untuk berjuang mendapatkan royalti minyak Kelantan sekiranya Manek Urai jatuh ke tangan Pas. Dan jangan pula lupa untuk hadir ke mahkamah esok. Jangan pula ada lagi peguam yang sakit perut, cirit birit dan sebagainya.

5. Barisan Nasional hendaklah melipat gandakan usaha untuk menawan kembali hati rakyat. Barisan Nasional hendaklah menumpukan sepenuhnya untuk kerja rakyat. Janganlah kerjasama dengan rakyat berakhir di Manek Urai. DS Najib dan TS Muhyiddin hendaklah tegas. Mana-mana wakil rakyat yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan asyik bermain "tarik tali" hendaklah digugurkan demi kepentingan PRU13.

Hasil tulisan Khairul

Gengster taik kucing!

KAJANG: Biarpun baru berusia 14 tahun, sekumpulan enam pelajar layak digelar 'gengster junior' apabila berani menyerang dan memukul pelajar lain di hadapan seorang guru sedang mengajar di sebuah sekolah, kelmarin.

Lebih malang apabila pelajar yang dibelasah lebih 15 minit itu hanyalah individu yang cuba meleraikan pergaduhan berkenaan dan bukannya sasaran sebenar kumpulan terbabit.

Difahamkan, kumpulan itu menggunakan besi tali pinggang yang diikat pada tangan sebagai senjata membelasah mangsa menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Malah, mereka dikatakan sempat mempermainkan guru wanita yang membantu meleraikan pergaduhan dengan menghadiahkan satu 'ciuman terbang' kepadanya sebelum bertindak meloloskan diri dari sekolah berkenaan.


Tidak cukup dengan itu, pelajar terbabit mengumpulkan ahli kumpulan mereka yang lain dan menunggu mangsa di luar kawasan sekolah dipercayai untuk menyambung semula pergaduhan itu kerana masih tidak berpuas hati.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kumpulan terbabit bertindak menyerang seorang pelajar yang juga pengawas sekolah terbabit selepas mangsa menegur mereka merokok di kawasan sekolah.

Menurut sumber, kumpulan terbabit menyelinap masuk melalui pintu belakang kelas itu sebelum mengeluarkan kata lucah dan cuba menyerang pelajar terbabit.

"Mereka langsung tidak mempedulikan kelibat seorang guru wanita sedang mengajar di dalam kelas berkenaan.

"Seorang pelajar cuba meleraikan pergaduhan itu menimbulkan kemarahan kepada ahli kumpulan terbabit sebelum membelasahnya.

"Kumpulan terbabit menggunakan tali pinggang yang diikat pada tangan menyebabkan mangsa cedera teruk pada bahagian kepalanya," katanya.

Sumber berkata, mangsa dibelasah lebih 15 minit biarpun kumpulan 'gengster' itu cuba dileraikan guru wanita berkenaan.

Akibat gagal meleraikan pergaduhan itu, guru wanita terbabit kemudian mengarahkan pelajarnya yang lain memanggil guru disiplin menyebabkan kumpulan berkenaan melarikan diri keluar dari sekolah berkenaan.

"Bagaimanapun, mereka sempat menghadiahkan 'ciuman terbang' kepada guru wanita terbabit sebagai tanda sagu hati selain berulang-kali mengugut membalas dendam kepada pengawas dan pelajar yang cuba mencampuri urusan mereka," katanya.

Bagaimanapun, pertelingkahan itu tidak selesai di situ saja apabila kumpulan terbabit dikatakan bertindak mengumpulkan ahli kumpulan mereka yang lain dan menunggu di luar kawasan sekolah berkenaan dipercayai untuk mencetuskan pergaduhan yang lebih besar.

Bimbang mengenai keselamatan mangsa, guru disiplin sekolah berkenaan menghantar kedua-dua pelajar malang itu ke rumah masing-masing.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang cedera pada bahagian kepala dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.