Kenapa Anwar Takut Bersumpah?




Kenapa Anwar takut hendak bersumpah?. Anwar kata, sumpah bukan isu politik tetapi hal agama dan bukan main-main? Persoalannya kenapa takut jika dia tidak bersalah? Itulah yang telah dibangkitkan oleh Dr Asri di dalam ceramah beliau.

Dulu, pada tahun 1998, saya sangat percaya bahawa Anwar telah dikonspirasikan oleh Tun Dr Mahathir dan saya percaya rata-rata orang Melayu juga mempercayai akan kebaikan dan kebenaran yang di bawa oleh Anwar. Ketika itu, saya terlibat di dalam aktiviti REFORMASI tajaan Anwar. Tetapi tidak lagi sekarang ini!!!. Anwar adalah Anwar yang sesat dan menggunakan apa sahaja cara untuk menghalalkan matlamat politiknya.

Apabila Saiful Bukhari menuduh beliau MELIWATnya, maka gegak gempitalah seluruh Malaysia dan Anwar terus melarikan dirinya ke Kedutaan Turki kononnya untuk mengelak daripada ditangkap dan dibunuh oleh pihak yang mendendami beliau. Goreng punya goreng maka tidak ada apa pun yang berlaku kepada beliau samalah seperti kisah 16hb Septembernya. Anwar seorang pendusta KUBRA dan beliau berani sekali mempergunakan sesiapa sahaja termasuklah Nik Aziz yang telah dijadikan sesat oleh Anwar Ibrahim Al Juburi.

Nik Aziz lah yang melarang Anwar daripada bersumpah MUBAHALAH setelah Saiful Bukhari berbuat demikian di Masjid WP. Ilmu apa yang diajar oleh KKB kepada Anwar untuk menafikan adanya sumpah demikian di dalam Islam? Telah jelas Islam memandang tinggi kepada SUMPAH MUBAHALAH sebagai salah satu cara untuk menunjukkan kebenaran. Dan kebenaran itulah yang akan dan sedang ditunjukkan oleh Allah SWT. Kenapa Anwar perlu takut dan sentiasa cuba melarikan diri daripada mahkamah di dalam hal ini? Sedangkan beliaulah BAPAK kepada saman beratus Juta RM apabila tidak bersetuju dengan orang yang kononnya memfitnah beliau. Percayakah beliau kepada mahkamah? Ya!!! Beliau percaya apabila melibatkan kepentingan beliau seperti saman berjuta-juta tetapi hilang kepercayaan kepada mahkamah apabila tuduhan liwat dikenakan kepada beliau.

Berbalik kepada Nik Aziz, Jelas sekali Nik Aziz telah menggunakan AGAMA dan memutarbelitkan fakta bahawa tiada sumpah demikian di dalam Islam semata-mata untuk mempertahankan Anwar. Anwar telah berjaya menyesatkan seorang Tok Guru yang sebelum ini dihormati oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia ini. Anwar berjaya pusing sana sini untuk lari daripada bersumpah, tetapi harus diingat, Saiful telah membuat sumpah tersebut dan sama-samalah kita nantikan siapakah yang bakal diLAKNATI oleh ALLAH SWT. Antara cakap politik Anwar dan Sumpah dengan nama Allah, Wallahi Wabillahi, Watallahi..... Mana satu anda ingin percaya?

0 comments:

Post a Comment