Strategi Anwar Kaburi Mata Rakyat : Agihkan Kekayaan Kepada Kroni !

Laporan polis yang dibuat oleh Anuar Shaari pagi tadi membuatkan Kumbang teringat dengan perbualan Kumbang dengan seorang rakan reformasi sekitar tahun 2006. Pada masa itu beliau bercerita mengenai Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim menurut rakan Kumbang tadi adalah seorang yang amat berhati-hati dalam soal politik. Anwar tahu jika beliau tertangkap atau kantoi mengambil rasuah dan mengumpul kekayaan pasti perkara ini akan menjatuhkan kerjaya politiknya. Jadi hanya satu cara untuk Anwar dapat mengumpul kekayaan iaitu dengan mengagihkan kekayaan melalui pelbagai cara kepada kroni-kroni beliau dan apabila memerlukan dana untuk aktiviti politik. Beliau hanya perlu meminta kepada kroni-kroni beliau tadi, berapa banyak yang beliau mahukan.

Kenyataan rakan Kumbang ini amat sinonim dengan akuan bersumpah Datuk Murad yang dibuat pada tahun 1999 yang mendakwa Anwar mewujudkan lebih 20 akaun induk RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya dan dalam temubual Anuar Shaari seperti dalam video di atas. Anuar Shaari turut menyatakan isu pemilikan saham Azmin ini berkemungkinan ada kaitan dengan akuan bersumpah Datuk Murad.
Antara kroni rapat Anwar adalah Azmin dan isterinya. Azmin selaku 'tukang kutip tol' di pejabat Timbalan Perdana Menteri pada masa itu ditugaskan Anwar untuk mengumpul kekayaan. Sebab itu kita dapat lihat tatkala Azmin Ali mempunyai kedai kereta mewah dan banyak banglo bersepah tanpa diduduki. Anwar pula dilaporkan hanya makan duit pencen sebagai ahli parlimen dan hanya satu kredit kad untuk mengaburi mata rakyat. Amat malang sekali isteri Anwar sendiri pun tidak sekaya isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

Rakan Kumbang turut bercerita mengenai kekayaan luar biasa Azmin dan isterinya ini sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin PKR termasuk beliau yang menyokong Anwar semata-mata kerana mempercayai tuduhan liwat terhadap Anwar hanya satu konspirasi tetapi kini ramai yang melompat parti kerana faktor sokongan mereka iaitu isu liwat semakin relevan dikaitkan dengan Anwar . Perihal siapa Azmin, ramai di kalangan pemimpin PKR sudah tahu siapa Azmin sebenarnya. Orang yang Anwar sanggup mati kerananya.

Kumbang belum sempat menghubungi rakan Kumbang untuk bertanya tentang hal ini lagi tapi Kumbang terlalu pasti beliau akan tersenyum membaca berita tentang dokumen-dokumen saham Azmin ini.

0 comments:

Post a Comment