PAS Terdesak Sokongan Pengundi Bukan Islam




Setelah PAS terhantuk di Bagan Pinang nampaknya kepercayaan sahabat mereka semakin menipis. Terkini PAS cadang jadikan Kelab Penyokong Bukan Islam sebagai sayap parti. Sebagaimana di ketahui kekalahan PAS di Bagan Pinang ialah apabila ramai Pengundi Bukan Melayu menolak calon PAS di pilihanraya kecil tersebut.

Berbeza dengan BN yang mempunyai jaringan sokongan yang kukuh di dalam komponen tersebut. Setiap penyokong parti akan mendokong antara satu sama lain atas lambang BN.

Hari ini, di Kuala Terengganu PAS bercadang menjadikan kelab penyokong PAS yang disertai oleh orang bukan Islam sebagai salah satu sayap parti untuk memantapkan lagi parti itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang bukan Islam, kita bukan sahaja telah sampai satu tahap mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi juga individu bukan Islam," katanya.

Sebenarnya cadangan PAS jadikan Kelab Penyokong Bukan Islam sebagai sayap parti sebagai bukti ketidak percayaan PAS kepada parti lain di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR yang setentunya mempunyai ahli dan peyokong sedia ada di kalangan bukan Melayu. Maksudnya walaupun adanya DAP dan PKR belum tentu pengundi DAP dan PKR akan mengundi PAS.

Ini menunjukkan sokongan setiap parti dalam pakatan tidak kukuh antara satu sama lain sehingga PAS terpaksa bertindak sendirian untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu. Ataupun menunjukkan PAS terlalu tamak sehingga membelakangkan parti lain dalam mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu.

Tindakan PAS ini merupakan tindakan terdesak PAS untuk mendapat sokongan bukan Melayu yang mereka tahu mereka akan gagal dalam pilihanraya kalau tidak mendapatkannya.

Apakah persahabatan PAs dengan DAP dan PKR belum cukup menjamin sokongan bukan Melayu terhadap PAS. Ini membuktikan kerjasama PAS bersama parti rakan dalam Pakatan Rakyat belum mencapai tahap sokongan yang kukuh untuk memberi undi kepada PAS. Atau PAS mengetahui hakikat bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai dan bila-bila hubungan pakatan ini akan berakhir.

0 comments:

Post a Comment