Anwar Duri Dalam Daging Haram

Bukan baru sekarang ini sahaja UMNO itu kelihatan bertungkus lumus mahu membenteras gejala rasuah. Semenjak pimpinan pimpinan yang lalu pun UMNO memang sudah kelihatan teramat serius dengan hasrat nak bersihkan UMNO dari gejala rasuah itu. Bermula dizaman Tun Mahathir genderang mengenai amalan rasuah mula bergema kumandangnya. Kenapa kumandangnya berlaku dizaman itu. Malahan ketika TS Musa Hitam meninggalkan jawatannya beliau berpesan supaya menjaga UMNO baik baik kerana UMNO sahajalah harapan untuk orang Melayu. Politik Wang akan menghancurkan UMNO kata TS Musa.

Kenapa dan apa sebenarnya yang berlaku pada masa itu. Siapa sebenarnya paling lincah dan terlindung pada masa itu dan yang paling menjadi sasaran pada masa itu ialah Tun Daim. TS Musa merajuk, Ku Li keluar dan Tun Ghaffar tersingkir. Tun M yang paling menjadi sasaran pertuduhan. Kenapa? Ia adalah untuk menutup tembelang sebenar seseorang yang mengatur sebaran cerita dengan licik.

Orang itu kini berada di luar tetapi masih aktif mengatur ceritera untuk disebar kepada orang ramai kerana dia masih memburu cita citanya yang masih ada lagi yang belum tercapai. Orangnya ialah Anuar bin Ibrahim yang pernah menceritakan kepada hamba di USM dalam tahun 1981 bahawa dia cuma mahukan tiga perkara:

1) Pangkat dan Kedudukan.
2) Kuasa tetapi mesti sampai ke puncak. dan
3) Wang yang banyak yang tidak boleh habis.
Sejarah inilah yang telah menjana perubahan dalam UMNO dan si licik itulah perusaknya.



Hari ini DS Najib yang pernah menjadi pilihan utama untuk duduk dalam pasukannya sendiri dahulu menjadi Presiden UMNO. Janganlah perkecilkan DS Najib. Dulu pun beliau menjadi pilihan utama kerana beliau memang bijak hebat dan punya rangkaian yang hebat. Kini beliau sudah menjadi makin hebat. Rencana terbaharu untuk membersih UMNO ini adalah juga rencana yang hebat. Sama samalah kita sokong dan tunggu untuk menikmati kehebatan perubahan yang akan berlaku.

Pembangkang pun sudah nampak kehebatannya. Itulah sebabnya mereka sudah menggelabah. Itulah sebabnya mereka sudah mula membuat gerakan awal untuk memperlekehkan rancangan itu. UMNO jangan panik. Teruskan dengan sokongan dan sumbangan untuk menjayakan corak rupa baru UMNO ini dengan keikhlasan hati. Kerana mulai sekarang yang tidak ikhlas akan kelihatan dan tersingkir.

Tiada lagi duri dalam daging

kerana dengan ubat yang baru dicipta ini

ia akan hancur dengan sendirinya.

Inshaallah

Gambar ini adalah hiasan semata mata tiada kaitan dengan sebarang sebarang pun

Itu kesah mengenai UMNO dan mereka sedang bertungkus lumus mengobatnya.

Bagaimana pula dengan kesah dalam

DAP, PKR dan PAS.

<"text-align: center;">
(Bukan PR tahu ? semua tu adalah asing asing. Bukan disatukan.)

Masing masing sedang berusaha menutupnya.

Tetapi masing masing tahu.

Maka tunggulah masa ia akan meletup.

Bom dalam badan itu sudah dipasang dengan alatan kawalan jauh.

Jangan dia meletup dekat sangat dengan singgahsana negara dah.

Parah nanti.

0 comments:

Post a Comment