Belina Shop

Abdul Fatah (PAS) cakap besar mengenai Manik Urai

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi. Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN. Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Sumber: Malaysiakini.
1. Saya sedang mencari dan menunggu sidang akhbar daripada Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun yang bongkak dan takbur sejak petang tadi apabila mengumumkan bahawa Pas akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi. Adakah majoriti rasmi 65 undi itu "hampir 2,000 undi"? Apakah alasan yang bakal diberikan olehnya dan pihak kepimpinan Pas berkenaan "kejayaan" mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan kelebihan hanya 65 undi berbanding 1,352 dalam pilihan raya umum tahun lalu. Itupun tidak mengambil kira undi yang rosak sebanyak 115.

2. Tahniah kepada TS Muhyiddin Yassin, Dato' Mustapha Mohammed dan seluruh jentera-jentera Barisan Nasional yang telah bertungkus lumus memberi pengajaran yang berguna kepada parti Pas di Manek Urai. Seperti kata akhbar portal pembangkang, Malaysiakini:
"Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi."
3. Tahniah sekali lagi kepada Tok Pa kerana menyelia jentera Barisan Nasional di Manek Urai dengan baik sekali. Pemilihan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan amat tepat sekali. Semoga lebih banyak lagi kerusi akan ditawan di Kelantan di dalam PRU13. Sekiranya Allah lebih menyayangi TG Nik Aziz dan beliau pergi menyahut panggilan Ilahi sebelum PRU13, Insyaallah, Barisan Nasional akan dapat menawan kembali Kelantan.

4. Parti Pas sedang mengelupur untuk mendapat sokongan Melayu ketika ini. Talian hayat Anwar Ibrahim hendak menjadi Perdana Menteri semakin hari semakin tipis. Anwar Ibrahim jangan pula lupa dengan janjinya untuk berjuang mendapatkan royalti minyak Kelantan sekiranya Manek Urai jatuh ke tangan Pas. Dan jangan pula lupa untuk hadir ke mahkamah esok. Jangan pula ada lagi peguam yang sakit perut, cirit birit dan sebagainya.

5. Barisan Nasional hendaklah melipat gandakan usaha untuk menawan kembali hati rakyat. Barisan Nasional hendaklah menumpukan sepenuhnya untuk kerja rakyat. Janganlah kerjasama dengan rakyat berakhir di Manek Urai. DS Najib dan TS Muhyiddin hendaklah tegas. Mana-mana wakil rakyat yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan asyik bermain "tarik tali" hendaklah digugurkan demi kepentingan PRU13.

Hasil tulisan Khairul

0 comments:

Post a Comment