Belina Shop

[Permatang Pasir] PAS: "PKR Jangan Cuba Rampas Kerusi kami! "


Pas memberi amaran kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mencuri kerusi tradisi Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, pada pilihan raya kecil nanti.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata Pas perlu meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil itu walaupun PKR mendakwa mereka mempunyai kekuatan jentera dan sokongan daripada akar umbi.

“Pas mesti mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir yang menjadi kerusi tradisi Pas sejak dulu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.Bagaimanapun, katanya, segala keputusan mengenai pilihan raya kecil itu dibuat pucuk pimpinan parti yang bermesyuarat minggu depan.

Kelmarin, PKR mendakwa segelintir pemimpin dan akar umbi parti itu mencadangkan calon mereka diletakkan pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu disampaikan melalui Badan Perhubungan PKR negeri berikutan jentera parti itu di Permatang Pasir sangat kuat dan mantap. Bagaimanapun, pandangan itu mendapat tentangan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa yang mahu PKR menghormati status quo kerusi pilihan raya sebelum membuat cadangan untuk meletakkan calonnya bertanding.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, mengingatkan PKR menghormati semangat setia kawan antara mereka dengan memberi laluan Pas bertanding.

0 comments:

Post a Comment