Belina Shop

Buah Pala Buah DAP?


Semalam dah kecoh pasal Buah Pala ni a.k.a High Chapparal nama glamour berikutan dengan tempat tu dah jadi tempat perternakan lembu dan bagainya haiwan yang mereka bela.


Pirrahhhh!!!!...
tempat kaum India kena heboh!!!!.. Semua nak jadi juara... kalau tempat Melayu????... Semua senyap... termasuk yang bangsanya??????

UMNO Bukan Parti Ajaran Sesat Tetapi Mereka, Iya!

Salinan tulisan Arifin dari HarakahDaily,

Umno sepertinya terlupa bahawa Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Di sini penjajah tentu seorang pengganas. Komunis dianggap pengganas, tapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?

Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita mengabadikan nama Henry Gurney kepada sekolah jahat. Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney adalah sekolah penjara di Melaka.

Henry Gurney, pegawai Empayar British dari Palestin?

Siapa Henry Gurney? Kitab sejarah sekolah tidak menjelaskan siapa beliau. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang? Umno tidak menjelaskan semuanya.

Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dibawa ke Malaya sehingga 1948.

Jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang di Palestin. Ketika inilah wilayah Palestin mula diancam peceroboh Yahudi, Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, kita patut mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini ketika Umno menyesatkan kita.

Berdasarkan rekod-rekod cemerlangnya dalam membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.

Tapi, mungkin pihak komunis bukan membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin. Komunis membunuhnya kerana dia adalah wakil penjajah British yang ingin meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya.

Justeru, Umno dengan kesesatannya telah kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah gerakkan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.

Maka setidak-tidaknya kita kena tahu bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.

Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sehingga selepas kematiannya, namanya dan penjajah British telah diangkat sebagai wira yang menyelamatkan daripada pengganas komunis, sedangkan British adalah pengganas dan penjajah di Palestin.

Itu antara kisah kesesatan Umno dan 'ajaran sesat' parti itu dalam menenggelamkan watak gelap penjajah British hingga menampilkan yang indah-indah saja tentang British.

Ulasan YG

Kawan rasa Arifin Mahmud ini sengaja hendak mengelirukan umat Melayu dalam tulisannya, tidak boleh hendak di kata juga ya !!! Sebab dia penyokong buta PAS.

Kerajaan UMNO tidak mengaggung-agungkan Henry Gurney seperti yang didakwa Arifin, sebab itu nama Henry Gueney diletakkan pada nama sebuah sekolah pemulihan akhlak di Melaka.

Arifin mungkin lupa atau sengaja hendak memutar belit (memang kerja orang PAS suka memutar belit), kerajaan UMNO tahu Henry Gurney telah ditugaskan oleh British mperluaskan empayar British di Palestin, itu sudah memang kerja penjajah. Itu sejarah di bumi Palestin, yang perlu bagi Kerajaan UMNO adalah membentangkan sejarah perjuangan UMNO bersam-sama orang-orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menumpahkan darah.

Kalau Brtisih menganggap Henry Gurney sebagai wira, itu kerajaan British, kenapa hendak dikaitkan dengan UMNO.

Pengganas macam Ching Peng, dia ini berbeza, dia adalah sorang pengganas yang melakukan kekejaman terhadap rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India. Ching Peng dan PKM telah melakukan kekejaman dengan rakyat Malaysia, sebab itu keseluruhan orang Melayu menentang Ching Peng kembali semula ke Malaysia, kecuali penyokong-penyokong PAS sahaja yang mengidolakan Ching Peng sebagai wira.

British dan Jepun sebagai penjajah di bumi Malaysia, UMNO tetap melebelkan bahawa mereka ini sebagai penjajah, kalau orang-orang British dan Jepun juga melakukan kekejaman terhadap rakyat Malaysia, UMNO tetap juga melebelkan mereka sebagai penjajah yang zalim.

Arifin cuba memesogkan pandangan kerajaan UMNO pada mata umat Melayu di Malaysia dengan mendakwa membawa ajaran sesat, sebenarnya Arifin hendak menafikan bahawa PAS lah sebenarnya PARTI AJARAN SESAT kerana selama ini menggunan agama Islam untuk menipu umat Melayu di bumi ini, samalah macam Ching Peng komuis yang menggunakan orang Melayu Islam untuk menyesatkan orang Melayu sendiri.

PAS akan menjadikan Negara ini macam Negara-negara komunis lain di dunia, cuma bezanya PAS akan menggunakan agama Islam sebagai landasan untuk menarik keparcayaan umat Melayu. Berhati-hatilah wahai saudara-saudara ku di Manek Urai, inilah dia agenda PAS yang sebenarnya untuk mencapai cita-cita untuk berkuasa di Malaysia, sebab itulah PAS berdiri di belakang DAP dan PKR yang terang-terang menolak Islam.

PAS Sendiri Yang Tersesat!

Menurut ceritanya, adalah seorang Pak Haji dari Perak dah muak lalu keluar dari PAS...ikuti ceritanya di bawah:

Dulu saya amat mempercayai perjuangan PAS, kini apa yang berlaku di Perak, di Parlimen yang dilakukan oleh Nizar dan menguatkan lagi apa yang di lakukan oleh Tok Guru Haji Hadi mengenai kerajaan perpaduan yang sememangnya saya ikuti perkembangannya.

Hari ini saya dah muak melihat kelakuan yang tak bermoral dari pemimpin - pemimpin PAS ini dan saya tak dapat maafkan, kata pak haji yang teman temui dalam satu majlis kenduri perkahwinan baru - baru ini.

Beliau dengan bangga memakai baju terpampang gambar DS Zambry, Menteri Besar Perak. tanpa segan silu, katanya lagi ini lah pemimpin yang pak haji mahukan, seorang yang lengkap ilmu agamanya, ilmu duniawinya, berpelajaran tinggi berkelulusan UIA dan bekerja untuk menaikkan kembali kekuatan ekonomi ummah tanpa dikongkong oleh orang lain, pak haji dah le susah, nak harap pada siapa untuk bela pak haji dan keluarga pak haji dan umat, jika kita asyik berpolitik dan politik kita pun di kawal oleh bangsa lain oleh penganut agama lain, pak haji ingat apabila diberi perintah kita akan memajukan ummah, ini tidak sebaliknya kita terus berpolitik tak sudah - sudah, bila masa bekerjanya, gaji besar dibayar untuk bekerja untuk bantu kami yang susah.

Maka ini lah pemimpin yang pak haji mahukan, sambil menunjuk jari kelingking ke baju yang dipakainya sambil melemparkan senyuman. Awek Bukit Gantang

PKR Guna Duit HARAM!

Nik Aziz Terima Juga Unity Goverment Akhirnya

KOTA BHARU 21 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan persetujuan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, tetapi ia perlu dibincang serta diputuskan melalui saluran parti dan juga pakatan pembangkang. Beliau yang sebelum ini dengan keras menyanggah cadangan tersebut dalam nada lebih lembut tetapi tegas hari ini berkata, perkara yang diputuskan dalam muktamar di Ipoh tahun lalu itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Katanya, sebarang kata putus mengenai cadangan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dibincangkan secara bersama dengan turut melibatkan pakatan pembangkang bagi mengelak kekacauan dalam hubungan antara mereka. ''Jadi, bila ada pihak dalam Pas (timbulkan cadangan), pakatan rakyat pun nak jaga, dengan UMNO pun nak jaga, itu sudah kacau. Jadi saya nasihat jangan buat begitu.. kalau nak juga, kita mesti buat mesyuarat. Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepi keputusan mesyuarat dengan 'pandai-pandai', kita tak boleh... dan tambah lagi kenapa tidak ada orang Pas jumpa dengan UMNO pujuk dia supaya tukar dasar kebangsaan jadi dasar Islam.

''Kita dalam pakatan ini telah berjaya meredakan Islamofobia. Kalau nak buat, bawa dalam Pas Pusat, di peringkat negeri-negeri dan kemudian bawa dalam pakatan. Ini tidak, pakatan pun marah kepada kita. Dia buat kenyataan bahawa Pas mesti jawab kepada DAP," tegas beliau.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan perbincangan empat mata dengan ketua pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini. Mengulas mengenai tentangan kerasnya selama ini berkenaan cadangan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan UMNO, Nik Aziz berkata, itu bukan bermaksud beliau berdegil tetapi lebih kepada beristiqamah atau menegakkan sesuatu yang benar. "Ada pihak yang mengatakan saya berdegil tak mahu bincang mengenai kerajaan perpaduan. Saya nak jawab bukan berdegil, tetapi beristiqamah.

"Degil ini bermaksud kita mempertahankan barang salah mati-matian, itu kita panggil degil. Tahu benda salah, pertahan juga, tetapi bila kita pertahankan barang betul itu namanya istiqamah, istiqamah ini dipuji dalam al-Quran," jelas beliau. Sementara itu, diminta mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau melupakan sengketa lama dan membuka lembaran baru dalam hubungan dua parti Melayu itu beliau menjawab:

"Suruh lupa? Senang je lupa? Adakah makna saya boleh lupa? Ingat, ini barang automatik. Kalau lupa, takdelah sejarah" ujarnya. Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau sanggup bermaaf-maafan dengan UMNO dan memperbaiki semula hubungan, Nik Aziz menggesa supaya UMNO terlebih dahulu meminta maaf. "Biar dia mengaku dulu salah. Kalau orang yang salah dengan saya, saya boleh maafkan, tetapi mengaku dulu. Saya minta maaf dan saya mengaku salah, takpa. Mana UMNO mengaku salah," tambahnya.

Ulasan Saya : Alhamdulillah jika benar Nik Aziz mula berlembut berhubung isu kerajaan perpaduan, saya fikir ini merupakan satu permulaan yang positif. Saya juga tertarik dengan kata-kata Nik Aziz berbunyi pujuk UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. Saya setuju dalam hal ini, namun demikian kita harus faham selama ini pun UMNO tidak pernah menolak Islam. Dasar kebangsaan tidak salah jika ia selari dengan kehendak dan tuntutan Islam itu sendiri. Walaubagaimana pun saya berpandangan sebegini :

1. UMNO dan PAS kedua-duanya harus kembali kepada al-Quran dan As-Sunnah serta manhaj salaf as-Soleh dalam mentadbir negara, InsyaAllah Malaysia akan diberkati oleh Allah. 2. Hak orang Melayu mesti dipertahankan, kerana Islam tidak menghalang seseorang mempertahankan haknya. 3. PAS dan UMNO harus bersatu padu membanteras segala maksiat tidak mengira siapa yang melakukannya, kita harus bersama-sama membanterasnya secara konsisten dan berterusan. 4. UMNO harus bertegas dalam soal politik wang dan rasuah. Mana-mana yang terlibat dengan politik wang harus segera diambil tindakkan serta nafikannya untuk bertanding dalam apa-apa perebutan kuasa atau jawatan penting parti. 5. Ahli-ahli PAS harus ikhlas dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai pendakwah atau dai' bagi mengajak umat Melayu yang sedang hanyut dalam dosa dan noda kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.6. UMNO dan PAS tidak perlu takut atau bimbang dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah. Kita harus laksanakan segala yang dituntut oleh Islam bersesuian dengan kemampuan kita.

Payah Pas Nak Melaksanakan Idea Presiden Pas

Ramai yang tahu bahawa PAS ditubuhkan atas sebab kekalahan seorang tokoh dalam Dewan Ulama UMNO ketika bertanding Yang dipertua UMNO ,atas rasa kecewa maka tokok tersebut telah menubuhkan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Sejak dari tahun 1951,PAS telah mengalami banyak perubahan dan pertukaran Yang diPertua nya...dari mohd.Fuad sehingga Dato Asri,Fadhil Noor sampailah kini TG Hj.Hadi...(sekadar itu yang diingati) PAS masih belum berupaya menonjol diri sebagai parti yang boleh membawa kesejahteraa kepada rakyat secara nyata.

Apabila ada idea kepada satu anjakan yang boleh membawa umat Islam bersatu dan berpadu,maka PAS dah jadi macam 'ikan medak'(ikan yang hampir busuk) yang sesuai dibuat ikan kering,apa tak nya...idea dari presiden PAS sendiri tapi didolak dalik kan oleh lain-lain pimpinan PAS. Pelbagai hujah,andaian dan syarat yang dipertontonkan,alasan dan amaran serta pelbagai hujah retorik yang menggambarkan situasi yang kurang bersetuju dengan Idea presiden PAS...apa kehei nya....?...tu idea nak buat baik tu...camtu punya respon yang dapat...

Terbaru...orang kuat presiden PAS pula kata, Kalau nak berbincang dengan UMNO mesti bersyarat iaitu MESTI ada PKR dan DAP,kalau tak nak syarat tu tak payah dok bincang-bincang........amboi mak.....apa baguih sangat ka PKR dan DAP tu?...sampai letak syarat sebegini rupa...sedangkan Presiden UMNO dah kata dan yakin PAS ikhlas nak berbincang untuk kerajaan perpaduan...(Ikhlas ka PAS?...)

Persoalannya : Kenapa amat payah sangat PAS nak melaksanakan idea yang diketengahkan oleh presiden mereka (TG Hj.Hadi)...

Mengapa mesti meletakkan syarat mesti kena ada PKR dan DAP untuk berbincang dengan UMNO?...

Setiausaha Agong PAS (Datuk Mustaffa Ali) telah menyatakan itulah syarat untuk berbincang dengan UMNO.

Apa yang dapat kita rasakan ialah sekarang ini PAS dah jadi parti kematu yang tidak lagi memahami halatuju perjuangan sahsiahnya untuk kepentingan ummah,penghujahan mereka dalam bentuk keIslaman hanya sekadar retorik mengelabui fikiran umat Islam...nyata dan jelas Idea pembentukan kerajaan perpaduan hanyalah satu 'sandiwara baru' politik bagi mengisi slot agenda politik pakatan rakyat yang semakin bocor sekarang ini,apatah lagi dalam PAS sendiri telah mempunyai dua nakhoda yang masing-masing berhaluan kanan dan kiri.

PAS telah lupa sejarahnya,sejarah PAS telah banyak diketahui oleh rakyat,cuma UMNO terlalu baik kerana masih setia menginsafi bahawa PAS adalah saudara seagama dan sebangsa dengannya...sedangkan PAS telah jauh terpesong dari agenda perjuangan untuk menegakkan syiar Islam serta menyatupadukan ummah seperti yang termaktub dalam perlembagaan PAS.

Jika PAS lebih takut,lebih menghormati dan lebih memuliakan PKR dan DAP daripada UMNO, jelas dan sahlah bahawa PAS bukan lagi parti untuk orang-orang Islam sebaliknya PAS adalah parti yang dahokkan kuasa dan bernafsu haloba serta mengkhianati amanah umat Islam yang terpengaruh untuk menyokong mereka...dan selayaknyalah PAS diletak sebaris dengan parti-parti sekular yang berfahaman seperti PKR dan DAP.

Apa pun jua yang akan terjadi sama-samalah kita berharap dan berdoa agar seluruh umat Islam dan Bangsa melayu akan insaf dan sedar serta mesti bersatu dan berpadu sebagai bangsa melayu dan beragama Islam...jika perlu TOLAK parti PENGECUT dan BACUL ini jika takut kepada bangsa-bangsa lain untuk menyatukan umat Islam dan bangsa melayu .
sumber, Medan

Improving Your English with History – From the 1500s

The next time you are washing your hands and complain because the water temperature isn’t just how you like it, think about how things used to be. Here are some facts about the1500s:

These are interesting!

Most people got married in June because they took their yearly bath in May, and still smelled pretty good by June. However, they were starting to smell, so brides carried a bouquet of flowers to hide the body odor. Hence the custom today of carrying a bouquet when getting married.

Baths consisted of a big tub filled with hot water. The man of the house had the privilege of the nice clean water, then all the other sons and men, then the women and finally the children. Last of all the babies. By then the water was so dirty you could actually lose someone in it. Hence the saying, Don’t throw the baby out with the Bath water.

Houses had thatched roofs-thick straw-piled high, with no wood underneath. It was the only place for animals to get warm, so all the cats and other small animals (mice, bugs) lived in the roof When it rained it became slippery and sometimes the animals would slip and fall off the roof. Hence the saying It’s raining cats and dogs.

There was nothing to stop things from falling into the house.. This posed a real problem in the bedroom where bugs and other droppings could mess up your nice clean bed. Hence, a bed with big posts and a sheet hung over the top afforded some protection. That’s how canopy beds came into existence.

The floor was dirt. Only the wealthy had something other than dirt. Hence the saying, Dirt poor. The wealthy had slate floors that would get slippery in the winter when wet, so they spread thresh (straw) on floor to help keep their footing. As the winter wore on, they added more thresh until, when you opened the door, it would all start slipping outside. A piece of wood was placed in the entrance way. Hence the saying a thresh hold.

(Getting quite an education, aren’t you?)

In those old days, they cooked in the kitchen with a big kettle that always hung over the fire. Every day they lit the fire and added things to the pot. They ate mostly vegetables a nd did not get much meat. They would eat the stew for dinner, leaving leftovers in the pot to get cold overnight and then start over the next day. Sometimes stew had food in it that had been there for quite a while. Hence the rhyme, Peas porridge hot, peas porridge cold, peas porridge in the pot nine days old.

Sometimes they could obtain pork, which made them feel quite special. When visitors came over, they would hang up their bacon to show off. It was a sign of wealth that a man could, bring home the bacon. They would cut off a little to share with guests and would all sit around and chew the fat.

Those with money had plates made of pewter. Food with high acid content caused some of the lead to leach onto the food, causing lead poisoning death. This happened most often with tomatoes, so for the next 400 years or so, tomatoes were considered poisonous.

Bread was divided according to status. Workers got the burnt bottom of the loaf, the family got the middle, and guests got the top, or the upper crust.

Lead cups were used to drink ale or whiskey. The combination would sometimes knock the imbibers out for a couple of days. Someone walking along the road would take them for dead and prepare them for burial. They were laid out on the kitchen table for a couple of days and the family would gather around and eat and drink and wait and see if they would wake up. Hence the custom of holding a wake.

England is old and small and the local folks started running out of places to bury people. So they would dig up coffins and would take the bones to a bone-house, and reuse the grave. When reopening these coffins, 1 out of 25 coffins were found to have scratch marks on the inside and they realized they had been burying people alive. So they would tie a string on the wrist of the corpse, lead it through the coffin and up through the ground and tie it to a bell. Someone would have to sit out in the graveyard all night (the graveyard shift.) to listen for the bell; thus, someone could be, saved by the bell or was considered a dead ringer.

And that’s the truth.

Now, whoever said History was boring ! ! !

PKR Terlalu Ghairah!


Menteri Besar Selangor dan beberapa exco kerajaan negeri pergi ke satu persidangan yang dianjurkan oleh satu Yayasan Jerman di Geneva, Switzerland.

Habis persidangan, Khalid Ibrahim, Hasan Ali, Azmin Ali, dan Elizabeth Wong sorok-sorok ambil peluang untuk bersiar-siar sebelum bertolak balik esok hari. Mereka tidak mahu Speaker Dewan Teng Chang Khim ketahui.

Teng sudah peringat supaya berhati-hati kerana khuatir diketahui Khir Toyo tahu dan digunakan balik ke atas mereka. Mereka bercadang nak mengenakan Khir Toyo dalam Selcat. Tak kiralah pejabat MB tak ada kena mengena dengan keputusan KDEB dan Balkis. Orang ramai tetap akan salahkan Khir Toyo.

Semasa mereka menaiki keretapi untuk ke satu kawasan pelancungan, keretapi masuk ke dalam terowong bawah bukit. Keadaan menjadi gelap seketika. Semasa itu terdengar bunyi ciuman yang kuat dan diikuti dengan bunyi tamparan.

Keretapi keluar dari terowong dan keadaan terang kembali. Hasan Ali dan Elizabeth Wong kelihatan terpinga-pinga. Khalid IBrahim kelihatan sedang tunduk sambil tangannya memegang pipi yang agak merah seolah-olah ditampar. Semua bersikap diplomatik dan berdiam berfikir dalam hati saja.

Hasan Ali berfikir, "Orang-orang PKR ini semua mesti nak cuba-cuba Elizabeth Wong. Dah tahu cerita peribadinya yang senang. Mesti Khalid Ibrahim nak cuba cium semasa dalam terowong tadi. Dia memang ada cerita dio pejabat dulu. Patut dia kena tampar."

Elizabeth Wong pula berfikir, "Mesti Khalid hendak cium aku dalam terowong tadi. Tersalah cium Hasan Ali. Padan muka kena tampar."

Semua ingat Khalid Ibrahim yang cuba-cuba tetapi dalam fikiran Khalid lain pula. Dia agak kesal, "Celaka betul, mesti Hasan Ali mulut murai ini nak cuba-cuba kat Elizabeth. Dia ingat aku dan terus tampar aku."

Azmin Ali sambil senyum berfikir, "Kalau keretapi ini masuk satu lagi terowong, aku akan buat satu lagi bunyi cium dan biar Khalid Ibrahim kena sepak lagi."

Nukilan Husin Lempoyang

PAS Maksum ,itu bukan rasuah,itu "hadiah"

KEMANA PEGAWAI KHAS MB AZIZAN NAK BAWA BALAK NI.........HARAM SHEIKH

MARI KITA BACA SUMBER BLOG PAKATAN RAKYAT

MB Kedah yg tahu akan perkara ni buat tak tahu saja. Bila ditanya “Saya tak tahu…” itulah jawapan yg selalu dia sebutApa nak jagi dgn manusia yg bertopengkan PAS sekoq ni. Menjatuhkan maruah saja. Kerja dia tak ada lain kikis harta rakyat yg kononnya apa yg dia buat utk membantu parti PAS. Boleh aku katakan PAS menghalalkan pendapatan dari kerja kotor ini sebagai dana pergerakan parti. Wahai sekelian rakyat Kedah, ketahuilah pembongkaran ini…..

15 September 2008 - Sebuah syarikat “AY TRADING” pengurusnya Aziz bin Ahmad telah membuat permohonan bersurat kepada YAB Tuan Pengarah Perhutanan Kedah atas tajuk “Permohonan untuk mengeluarkan saki baki kayu balak dalam tanah kerajaan lot 1771 dan lot 1805 Bukit Kaci Pelanduk, Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman”. Keluasan kawasan yg dipohon lebih kurang 254 ekar.

18 September 2009 – Bayaran memproses permohonan (RM200.00) dan bayaran pertaruhan permohonan (RM10,000.00) telah dibuat kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

19 September 2008 – AY Trading telah membuat perjanjian dgn org perseorangan CH Lim. Perjanjian disedikan oleh Tetuan Sharifah, CP Yeap & Co. Ditanda tangani di hadapan MURSHIDAH MUSTAFA (Peguambela & Pweguamcara).

Antaranya perjanjian itu berbunyi:
Pihak Pertama (AY Trading) adalah sebuah syarikat mempunyai lessen balak kelas B.
Pihak Kedua (CH Lim) akan menggunakan lessen balak kelas B Pihak Pertama utk membuat permohonan membalak.Pihak Pertama bersetuju member sepenuh kerjasama kepada Pihak Kedua dlm segala urusan berkaitan permohonan tersebut.Pihak Kedua telah menyediakan RM10,000.00 bayaran atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah sebagai deposit kpd Permohonan Membalak.Sebagai balasan pengunaan balasan menggunakan lesen pembalak kelas B Pihak Pertama, Pihak Kedua bersetuju membayar kpd Pihak Pertama sebanyak RM25,000.00.

Segala kos memproses permohonan, kos urusan pembalakan urusan pentadbiran, perjalanan perniagaan pembalakan dijalankan sepenuhnya oleh Pihak Kedua.

Pihak Pertama setuju tidak akan membuat sebarang perjanjian, perkiraan atau apa-apa urusan dgn mana-mana pihak ketiga selepas perjanjian ditanda tangani.Perjanjian dibuat mengikat waris-waris peribadi, wakil-wakil peribadi, waris-waris dan wasi-wasi kedua-dua pihak.

24 Septembar 2008 – Pemungut Hasil Hutan Sarinah binti Said, mengirim surat kpd AY Trading makluman resit bayaran (RM200.00) dan resit pertaruhan (RM10,000.00).

15 Febuari 2009 – Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Kasim bin Osman telah meluluskan permohonan yg dibuat oleh “AY Trading” dgn bayaran yg dikenakan : Harga premium RM1,454,184.002Deposit jaminan lesan RM 10,000.00Bayaran menyediakan lesan RM 100.00Bayaran menyediakan plan RM 20.00Tetapi durian rutuh yg bakal dikecapi oleh CH Lim keputusannya amat mengecewakan. Beliau mendapati bahawa AY Trading iaitu Aziz bin Ahmad telah membuat satu lagi perjanjian atas tanah yg sama kpd syarikat “METRO SUNVIEW SDN BHD”. AY Trading telah melanggar perjanjian.AY Trading diarahkan oleh Metro Sunview (yg tak ada RM yg cukup) mempergunakan RM CH Lim bagi mendapatkan projek pembalakan. Alasannya hasil balak tersebut dapat membayar balik kos yg dikeluarkan oleh CH Lim. Malah lebih lagi apa yg CH Lim keluarkan boleh dibayar balik.

Metro Sunview mengugut AY trading, dgn kuasa yg ada pada beliau boleh membatalkan permohonan tersebut atas alasan PROJEK ALI BABA.Metro Sunview menegaskan bahawa sedikit hasil balak tersebut dapat disumbangkan kpd PAS Kedah persediaan memperkukuhkan parti.

Siapa DALANG dlm METRO SUNVIEW…..?

Nama syarikat : Metro Sunview
No. syarikat : 828477-V
Alamat berdaftar : No. 66B, Damai Komplex, Kuala Lumpur
Tarikh penubuhan : 8 September 2008
Direktor 1 : Che Had bin Dhali
Direktor 2 : Akashah bin Ismail
Direktor 3 : Roslizan bin Zakaria
Direktor 4 : Jamal Akma bin Ibrahim
Setiausaha : Noorma binti Mohd Zain
Pemegang syer 1 : Zatizam binti Zahari
Pemegang syer 2 : Faridah binti Ghazali
Oooooooooo patut la Metro Sunview kata kuasa ada dlm tangan dia…..

Baru aku tau:
Che Had bin Dali adalah Pegawai Khas Ekonomi MB KedahRoslizan bin Zakaria adalah Pegawai Khas Kanan MB KedahPatut la dua ekoq ni begitu riak, bangga, besar diri dan bermegah di Wisma Negeri. Selalu menjadi kebanggaan MB Kedah kata depa ni pandai cari duit tak semacam exco Kedah yg lain.Ini yg kita nampak. Yg kita tak nampak entah la berapa banyak….. Patut la Batu 9 Kota Sarang Semut markas utama PAS Kedah berapa puluh tahun tak siap-siap, mai dari hasil yg tak ketahuan punca…..

P/S : LA MARKAZ PAS DI BINA DENGAN DUIT HARAM.ITULAH POLITIK NAMANYA.CIAN ORANG PAS KEDAH DOK BANGGA DENGAN PEMIMPIN YANG HALALKAN MAKAN WANG RAKYAT.

Nik Aziz Admire Dap Daripada Umno


Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan

Bagaimanapun, pada malam keesokannya, ketika menyampaikan ceramahnya sempena muktamar tahunan PAS itu, Nik Aziz menyifatkan idea Abdul Hadi itu sebagai "mengarut".

Apakah wadah perjuangan Nik Aziz sebenarnya?

1. Sejarah dan Sunnah telah membuktikan hanya dengan bersatu kita dapat mencapai kegemilangan.

2. DS Najib terbuka.

3. Kenapa masih diambil kira soal dendam?

4. Di saat tanah tergadai.

5. Azan dipersoal.

6. Pembantu rumah Islam dimalukan dengan zalimnya.

7. Bergabung dengan UMNO, PAS mungkin susah untuk jadi ketua.

8. Tapi bergabung dengan DAP pun PAS jadi kuda,

9. So apa masalahnya dengan idea Hj Hadi?


***
Larang pembantu rumah Islam kerja dengan majikan bukan Melayu

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Sudah tiba masanya masanya kerajaan membuat dasar melarang pembantu rumah berbangsa Melayu dan beragama Islam daripada bekerja di rumah majikan bukan Melayu/Islam.

1. Bagaimana pula PAS yang 'bekerja' untuk DAP?

***
DAP vs DAP in MACC report over karaoke set

Nibong Tebal: Teh said RM2,000 had been put aside as allocation to buy the karaoke set but the item was only worth about RM450.

1. Rasuah kecil dalam kain sendiri pun takleh handel.

2. Dari 28 Mei sampai semalam 10 Jun blog Lim Kit Siang sembang pasal PKFZ, PKFZ, PKFZ.

by Operations

Anwar Berhasrat Menumbangkan PAS


Berlalu sudah Muktamar PAS 2009, berakhirlah juga perebutan jawatan dalam pucuk pimpinan parti Islam itu, terjawablah sudah siapa yang dipilih dan siapa yang disingkirkan……

Anwar Ibrahim terpaksa gigit jari…, seekor kuda tunggangannya yang tempang, yang merupakan BARUA Nombor Satunya, Datuk Husam Musa terpaksa menelan pahit kekalahannya ditangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam merebut jawatan nombor dua parti itu.

Anwar ternyata kecewa dan diberitakan sudah mula merancang pelbagai strategi untuk menghuru-harakan PAS dan akan terus berusaha menobatkan Husam sebagai wira harapannya menguasai parti Islam ini. Silalah baca pendedahan perancangan JAHAT Anwar-Husam di sini.

Namun begitu, masih ada juga BARUA BARUA Murahan hakmilik Anwar, ahli ahli Kumpulan ERDOGAN yang berjaya melepasi rintangan dan menang dalam pertandingan Ajk PAS Pusat. Kesemua BARUA ini sudah pasti akan membawa fahaman Anwarisme dalam PAS dimana misi awal mereka mahu menyekat usaha murni Tuan Guru Hadi melaksanakan “Kerajaan Perpaduan”. Berikut adalah senarai ahli ahli Erdogan yang berjaya berada dalam pimpinan PAS.

Salahudin Ayub
Mahfuz Omar
Kamaruddin Jaafar
Nizar Jamaluddin
Hatta Ramli
Dr Syed Azman
Dr Lo’Lo’ Ghazali
Dr Dzulkefli Ahmad
Hanipa Maideen
Dr Mujahid Yusuf Rawa

Dua daripada Naib Presiden ternyata ahli ahli kumpulan Erdogan, manakala Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pasti akan menyokong usul Presiden parti mereka.

Lapan [8] daripada 20 Ajk PAS Pusat, sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, dikenal pasti ahli ahli kumpulan Erdogan, yang selebihnya dipercayai akan bersama kumpulan Pro-Ulama.

Semoga PAS akan lebih bijak memikirkan masa depan politik mereka dan serius kearah membincangkan “Kerajaan Perpaduan”. Seharusnya Tok Guru Hadi dan Ustaz Nasharudin akan bersiap sedia menghadapi kemungkinan kehilangan Anwar yang bakal mendepani perbicaraan kes liwatnya. Oleh itu PAS akan bermasalah bekerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa Anwar, maksudnya akan berulang lagi perbalahan sesama DAP seperti tahun 2004 sewaktu Anwar merengkok dalam penjara.

Maka dengan itu, tindakan untuk duduk berbincang “Kerajaan Perpaduan” adalah langkah terbaik untuk keharmonian bangsa melayu dan agama islam sesama kita, apatah lagi bila sudah terhidang didepan mata bagaimana rakusnya bangsa bukan melayu menjalankan pentadbiran kerajaan dibawah DAP dan PKR……

Nik Aziz Terlalu Angkuh

Menurut sumber melalui akhbar Sinar hari ini, Presiden Parti PAS dan UMNO bersetuju pintu rundingan untuk mengwjudkan kerajaan perpaduan akan terus dibuka bagi mencari satu titik pertemuan demi untuk melahirkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia. Namun ada pihak yang kurang senang dengan cadangan itu. Antara mereka yang tidak bersetuju termasuk Musridul am PAS Dato Nik Aziz yang mempunyai dendam kesumat terhadap UMNO. Selain dari Dato Nik Aziz, Muslimat PAS juga menolak cadangan kerajaan perpaduan.

Persoalanya, jika mereka menolak perbincangan dengan UMNO, kenapa mereka boleh bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menolak Islam. Kepada muslimat PAS yang mendakwa tidak mahu diperkudakan oleh UMNO tapi mereka lebih rela dikaldaikan oleh DAP.

Dimana Islam yang didakwa oleh PAS hendak diperjuangkan?
Apakah UMNO ini tidak Islam?
Apakah ahli UMNO yang sama-sama berjamaah dimasjid dengan ahli-ahli PAS tidak Islam?
Apakah tidak sama kiblat PAS dengan kiblat UMNO?
Apakah syurga dan neraka PAS tidak sama dengan UMNO?

Terlalu banyak persamaan antar UMNO dan PAS dari segi dasar perjuangan, apakah tidak ada ruang untuk perbincangan demi Islam yang sebenarnya?

Peluang BN Di Manik Urai


Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai (DUN Manik Urai) akan diadakan tidak berapa lama lagi. Barisan Nasional telah membuat kenyataan bahawa mereka bersedia untuk bertanding di Manik Urai. Bagi penulis tiada salahnya bagi Barisan Nasional untuk menyatakan kesediaan untuk bertanding di manik urai kerana pada kali ini Pilihan Raya Kecil di situ diadakan kerana kematian ADUNya dan bukan kerana "main-main" seperti di Penanti, mungkin juga pada waktu kecil Anwar Ibrahim tak puasa main pondok-pondok kot.

Tajuk artikel penulis pada kali ini berbunyi "Peluang Tipis BN di Manik Urai", tentu pembaca tertanya-tanya kenapa penulis mengeluarkan kenyataan seolah-olah penulis cuba 'condemn' Barisan Nasional. Penulis akan jawab mengenainya di hujung artikel ini.

Penulis merasakan peluang Barisan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai amatlah tipis memandangkan DUN Manik Urai memang kawasan kubu kuat PAS tanpa sokongan padu daripada penyokong-penyokong Barisan Nasional tidak mungkin Barisan Nasional akan menang di Manik Urai. Penyokong-penyokong Barisan Nasional DUN Manik Urai yang berada di luar negeri Kelantan hendaklah berpusu-pusu balik memberi sokongan kepada Barisan Nasional barulah peluang BN cerah untuk memenangi PRK Manik Urai.

Peluang BN untuk memenangi PRK DUN Manik Urai memanglah amat tipis. Di sini penulis melihat pengalaman dan kebijaksanaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru iaitu Datuk Mustafa Mohamed hendaklah dipertaruhkan. Memang Datuk Mustafa mempunyai "track record" yang baik sebelum ini yang hampir-hampir mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan daripada PAS.

Penyokong-penyokong BN di Kelantan amnya dan di DUN Manik Urai khasnya kena bekerja kuat memandangkan peluang BN amatlah tipis di Manik Urai. Mereka hendaklah bersatu dan mengenepikan persengketaan tertentu demi memenangi PRK Manik Urai.

Sebenarnya bukanlah penulis bertujuan untuk 'condemn' BN dengan membuat artikel ini, ini adalah salah satu strategi pendekatan psikologi untuk membakar semangat penyokong-penyokong Barisan Nasional di DUN Manik Urai.
Suara Generasi Muda~

Barisan Nasional Punyai Peluang Cerah

Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, jika jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka melebihi 85 peratus. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata sekiranya ada pertandingan dalam erti kata sebenar iaitu pertemuan antara calon BN dengan pembangkang, jumlah pengundi yang keluar biasanya tidak kurang 70 peratus.

Katanya, jika boleh, BN mahu lebih 85 peratus pengundi berdaftar di DUN Manek Urai keluar mengundi pada hari pengundian. "Saya kira, peluang BN untuk menang lebih tinggi kalau yang keluar mengundi ramai," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei lalu yang menyaksikan hanya 46.15 peratus pengundi keluar mengundi, peratus paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Mukhriz berkata, berdasarkan pilihan raya kecil di Penanti itu, ia menunjukkan pembangkang tidak sehebat seperti digembar gemburkan. Katanya, perkara itu tidak pelik kerana pemilihan dalam parti itu juga tidak sama dengan pemilihan dalam Umno yang mengekalkan proses demokrasi. "Kita ambil contoh pemilihan Pemuda Umno. Kita ada perwakilan seramai 800 orang, dalam Pas ada berapa. Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) saya rasa tidak ada pemilihan, pakai lantik seperti itu saja.


"Kononnya nak mempertahankan demokrasi tetapi dalam partinya sendiri tidak mengamalkan demokrasi seperti Umno dan parti komponen BN lain," katanya. Beliau berkata, kempen pilihan raya di Manek Urai akan menggunakan pendekatan baru menggunakan pendekatan lebih berkesan dan pada masa sama rakyat akan dapat melihat bahawa BN serius ingin meningkatkan cara hidup rakyat.

Pandai Berceramah Tapi Kebajikan Rakyat Tidak Dijaga


BACHOK, 8 Mei (Bernama) -- Kerajaan pusat memberi peruntukan sebanyak RM27.5 juta untuk membantu penduduk miskin di Kelantan setiap tahun berbanding RM2.5 juta oleh kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Senator Dr Awang Adek Hussin berkata bagaimanapun usaha murni kerajaan pusat itu tidak diketahui oleh rakyat negeri itu sebaliknya kerajaan negeri yang lebih menonjol.

"Apa yang rakyat nampak ia seolah-olah kesemuanya dibiayai oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra dengan sayap pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno Bahagian Bachok di Tangok, di sini, Jumaat.

Dr Awang berkata berdasarkan hakikat itu kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas tidak layak menobatkan ia sebagai negeri kebajikan kerana Umno yang lebih banyak membantu rakyat miskin.

Sehubungan itu beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mahu setiap bahagian di negeri itu menubuhkan Biro Kebajikan untuk mencari penduduk miskin yang layak diberi bantuan bagi meringankan beban mereka.

-- BERNAMA

PAS ni hanya pandai berceramah jer... cakap itu ini itu ini tapi buatnya punyalah takde. Berceramah nak raih undi, rakyat2 Kelantan.. Buka mata dan minda apakah betul pemimpin yang kamu undi selama ini membantu kamu??! Fikir dan nilai semula ...